PERLEMBAGAAN

Perlembagaan
KPPRPP

Perlembagaan Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP)

PERLEMBAGAAN BAGI

PERTUBUHAN INDUK

KELAB PEMINAT P. RAMLEE PULAU PINANG

(PPM-027-07-25042011)

NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR

  • 1

    Pertubuhan ini dikenali dengan nama "KELAB PEMINAT P. RAMLEE PULAU PINANG".

  • 2

    Alamat berdaftarnya ialah di No. 60 Jalan PEMENANG, 10250 Georgetown Pulau Pinang atau di lain tempat atau tempat-tempat yang akan di tetapkan dari masa kesemasa oleh Jawatankuasa. Alamat berdaftar Kelab tidak boleh diubah dengan tidak dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

TUJUAN-TUJUAN

  • 1

    Untuk mengenang kembali jasa-jasa Allahyarham Seniman Agong P. Ramlee.

  • 2

    Berjuang sesama ahli dan pihak yang mendukong tujuan Kelab untuk meneruskan hasrat Seniman Agung disegi perkembangan Kebudayaan, Kesenian, Muzik, Perfileman, Ekonomi, Kesukanan serta Kemasyarakatan.

  • 3

    Mencungkil dan menggalakan serta memberi bantuan kepada yang berbakat di aliran Kebudayaan,Kesenian, Kesukanan, Kebajikan demi meningkat pencapaian.

  • 4

    Cuba melahirkan sebanyak mungkin seniman serba boleh yang mencontohi penglibatan dan perjuangan Allahyarham Seniman Agung P. Ramlee.

  • 5

    Merancang dan melaksanakan projek-projek berfaedah kepada ahli-ahli dan masyarakat.

  • 6

    Mengawasi dan mengambil tindakan undang-undang jika perlu terhadap mana-mana pihak yang menyalah gunakan dalam segala bentuk yang berkaitan dengan nama dan latarbelakang Seniman Agung P. Ramlee.

  • 7

    Sentiasa bergerak atas dasar-dasar dan tujuan Kelab di samping undang- undang Negara.

  • 8

    Mendukong hasrat Kerajaan di semua bidang terutama Kebudayaan dan Kesenian tanpa fahaman yang berbau politik.

  • 9

    Menggalak dan Mengembangkan Pergerakan Kelab ini ke negeri-negeri dalam Malaysia.

  • 10

    Menanam semangat taat setia kepada Raja dan Negara.

KEAHLIAN

  • 1

    Keahlian di dalam Kelab ini dibahagikan kepada 3 jenis ahli:


    a) Ahli Biasa:
    Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin di Pulau Pinang tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Mereka berhak mengundi di dalam mensyuarat-mesyuarat Kelab dan boleh dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa.

    b) Ahli Kehormat:
    Keahlian Kehormat akan diberi kepada orang-orang yang berjasa kepada Kelab, Masyarakat dan Negara. Persetujuan Jawatankuasa hendaklah didapati terlebih dahulu di dalam Mesyuarat-Mesyuarat Kelab dan tidak boleh dipilih untuk menjadi Ahli Jawatankuasa.

    c) Ahli Seumur Hidup
    Ahli-Ahli Kelab yang menjadi Ahli Kelab tidak kurang dari 1 tahun dan membayar Yuran sebanyak RM100.00 sekali gus boleh di timbang dan di terima oleh Jawatankuasa Kelab untuk menjadi AHLI SEUMUR HIDUP

  • 2

    Cara-cara menjadi ahli:-


    a) Permohonan menjadi Ahli Biasa hendaklah dibuat di dalam borang yang disediakan khas dan permohonan ini mestilah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab.

    b) Jawatankuasa Kelab boleh menolak permohonan menjadi ahli dengan tiada menerangkan sebab-sebabnya dan keputusannya adalah muktamad.

  • 3

    Batal menjadi ahli:-


    Tiap-tiap Ahli Biasa akan batal menjadi ahli jika:

    a) Memohon berhenti

    b) la tidak menjelaskan yurannya dua tahun berturut-turut dan setelah diberi surat peringatan oleh Setiausaha Kelab.

    c) la melanggar perlembagaan atau mencemar nama baik Kelab dan segala keputusan Jawatankuasa adalah muktamad.

YURAN

  • 1

    Bayaran yuran masuk dan yuran tahunan perlu dibayar oleh seorang Ahli Biasa / Ahli Seumur Hidup adalah saperti berikut di bawah ini.


    Bayaran Masuk : RM10.00

    Yuran Tahunan : RM20.00

    Ahli Seumur Hidup: RM100.00

  • 2

    Yuran-yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari Kelab sebelum Mesyuarat Agung dijalankan di dalam masa 30 hari.

  • 3

    Yuran Bagi AHLI SEUMUR HIDUP hendaklah dijelaskan sekali gus apabila seseorang Ahli PERSATUAN di terima menjadi AHLI SEUMUR HIDUP

  • 4

    Ahli-Ahli yang membiarkan hutangnya lebih daripada dua tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha Kelab atau Timbalan Setiausaha Kelab dan akan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dibayar

  • 5

    Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi Ahli Kelab dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahlinya itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

  • 6

    Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahlianya terlucut disebabkan hutang.

  • 7

    Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut di dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama saperti hutang yuran tahunan.

JAWATANKUASA

  • 1

    Satu Jawatankuasa saperti berikut yang dinamakan Pegawai-Pegawai Kelab hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (3) tiga tahun sekali.


    1.1) Seorang Presiden
    1.2) Seorang Timbalan Presiden
    1.3) 2 orang Naib Presiden
    1.4) Seorang Setiausaha Kehormat
    1.5) Seorang Timbalan Setiausaha Kehormat
    1.6) Seorang Bendahari Kehormat
    1.7) Seorang Timbalan Bendahari Kehormat
    1.8) 9 Orang yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan Kelab (3 ) tahun Sekali dan 3 orang dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Jawatankua

  • 2

    Pemegang-Pemegang Jawatan Kelab ini dan tiap-tiap Pegawai yang menjalankan tugas-tugas pemerintahan dalam Kelab ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.

  • 3

    Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung dua tahun sekali. Semua Pegawai-Pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap Mesyuarat Agung lantikan.

  • 4

    Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga (3) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli lima (5) hari terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli-Ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupi korum mesyuarat.

  • 5

    Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

  • 6

    Jika seorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletak jawatan, calun yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calun yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik Ahli Kelab yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung diadakan.


    a) Mengemaskini dan bertanggungjawab dalam pentadbiran, perjalanan dan perkembangan Kelab.
    b) Membincangkan dan merancangkan aktiviti-aktiviti Kelab selama hayatnya.
    c) Mengsyorkan di atas perlantikan Penaung Kelab apabila difikirkan perlu.
    d) Melantik orang-orang tempatan untuk dijadikan Ahli Lembaga Penasihat Kelab.
    e) Menubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil jika periu dan melantik Pengerusi-Pengerusinya.
    f) Membentuk sebuah Jawatankuasa Kecil Disiplin yang terdiri daripada lima orang ahli.
    g) Memanggil mana-mana ahli untuk memberi penerangan lanjut terhadap apa-apa aduan dan tindakannya yang menyentuh nama baik Kelab.
    h) Menetapkan orang-orang yang boleh mengeluarkan siaran akhbar samping Presiden dan Setiausaha Kelab serta memberikan tafsirannya kepada perlembagaan dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini.

  • 7

    Jawatankuasa Kecil Disiplin dan tugasnya:-


    a) Jawatankuasa Kecil ini mengandungi seorang Pengerusi (Presiden Kelab adalah di kecualikan daripada memegang jawatan ini) dan empat orang ahli termasuk Setiausaha Kelab.
    b) Jawatankuasa Kecil Disiplin ini adalah bertanggung jawab di dalam semua hal ehwal Kelab berhubung dengan disiplin.
    c) Jawatankuasa Kecil Disiplin ini boleh menerima dan memutuskan semua aduan berhubung dengan disiplin.
    d) Keputusan Jawatankuasa Kecil Disiplin ini hendaklah diberitahu kepada Jawatankuasa Kelab di dalam tempoh tiga (3) hari.
    e) Keputusan JawatankuasaKecil Disiplin ini boleh dirayukan kepada Jawatankuasa Kelab oleh ahli-ahli berkenaan di dalam tempoh tujuh (7) hari untuk pertimbangan semula.

KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

  • 1

    Presiden dalam masa jawatannya, hendaknya menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggung jawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. la mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangai peringatan-peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. la hendaklah menandatangani semua cek-cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha Kelab dan Bendahari Kelab.

  • 2

    Timbalan Presiden hendaklah mengambil tempat atau memangku Jawatan Presiden semasa ketiadaanya dan menjalankan kerja-kerja membantu Presiden.

  • 3

    Naib presiden mengambil tempat Presiden dan Timbalan Presiden semasa ketiadaan mereka dan membantu kerja-kerja Presiden dan Timbalan Presiden.

  • 4

    Setiausaha Kelab hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran Kelab mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah-perintah Mesyuarat-Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. la bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir saperti nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat tiap-tiap ahli.


    la hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catitan-catitan mesyuarat. la hendaklah menandatangani semua cek-cek Kelab bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari Kelab. Setiausaha Kelab hendaklah di dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan di adakan mengirim Penyata Tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang di kehendaki di bawah seksyen 14 (1) akta Pertubuhan 1966.

  • 5

    Timbalan Setiausaha Kelab hendaklah menolong Setiausaha Kelab menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan semasa ketiadaan Setiausaha Kelab.

  • 6

    Bendahari Kelab adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab. la hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya. la hendaklah menandatangani semua cek-cek Kelab bersama-sama dengan Presiden dan Setiausaha Kelab.

  • 7

    Timbalan Bendahari Kelab hendaklah menolong Bendahari Kelab dan memangku jawatan semasa ketiadaan Bendahari Kelab.

  • 8

    Ahli-Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Pegawai-Pegawai lain di dalam tugas-tugas mereka.

KEWANGAN

  • 1

    Segala cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang dari Kira-Kira Kelab hendaklah di tandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha Kelab dan Bendahari Kelab. Kerana ketiadaan Presiden, Setiausaha Kelab atau Bendahari Kelab maka bolehlah Timbalan atau Naib-Naib Presiden, Timbalan Setiausaha Kelab menjadi pengganti untukmenandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang Kelab.

  • 2

    Bendahari Kelab boleh menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang disetujui oleh Ahli Jawatankuasa.

  • 3

    Perbelanjaan yang lebih daripada RM2,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM10,000.00 bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM2,000.00 bagi sesuatu masa, bolehlah diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha Kelab dan Bendahari Kelab.

  • 4

    Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Kelab dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira mengikut Undang-Undang 8 dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan, Penyata Kira-Kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutan dan salinan-salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat bagi Kelab.

  • 5

    Tahun kewangan Kelab ini bermula 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tlap tahun.

PEMERIKSA KIRA-KIRA

  • 1

    Dua orang yang bukannya Pegawai-Pegawai Kelab hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Meraka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

  • 2

    Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa Kira-Kira Kelab bagi setahun dan membuat lapuran atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung. Meraka harus juga dikehendaki memeriksa Kira-Kira Kelab tiga kali dalam setahun.

PENAUNG KELAB

  • Jawatankuasa boleh melantik dengan mengsyorkan kepada Mesyuarat Agung nama-nama Penaung untuk dilantik.

LEMBAGA PENASIHAT

  • Jawatankuasa boleh melantik Lembaga Penasihat bagi melicinkan Perjalanan Kelab dari masa ke semasa dengan tidak mengira bilangan dipilih dengan syarat orang yang dilantik hendaklah mengatakan persetujuannya secara bertulis.

MENGUNDI

  • 1

    Ahli-Ahli Biasa yang telah menjelaskan yurannya, bolehlah mengundi di dalam Mesyuarat Agung.

  • 2

    Undian dijalankan secara sulit atau terbuka dan mengikut masa keputusan Mesyuarat Agung.

  • 3

    Jika undi didapati seri, maka Pengerusi Majlis mempunyai undi pemutus.

  • 4

    Kertas-Kertas Undi itu akan dikumpulkan dan diperiksa oleh Pemeriksa yang dilantik.

MESYUARAT AGUNG

  • 1

    Pengelolaan Kelab ini terserah kepada Mesyuarat Agung Ahli-Ahli sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah ahli-ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah bilangan Ahli-Ahli Jawatankuasa, ikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (Korum) untuk mesyuarat.

  • 2

    Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka meyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli-ahli.

  • 3

    Mesyuarat Agung Tahunan bagi Kelab akan diadakan selewat-lewatnya pada 31 Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja- kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah:-


    a) Membentangkan Peringatan Mesyuarat Agung yang lalu.
    b) Membentangkan Laporan Penyata Tahunan Kelab.
    c) Membentangkan Penyata Kewangan Tahunan Kelab yang telah diaudit bagi tahun yang lalu.
    d) Melantik Pegawai-Pegawai Kelab dan Pemeriksa Kira-Kira bila sampai masanya.
    e) Membincangkan usul-usul yang telah diterima oleh Setiausaha Kelab tidak kurang (7) tujuh hari sebelum Mesyuarat Agung diadakan.

  • 4

    Setiausaha Kelab hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 10 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan di adakan, suatu pengumuman notis mesyuarat yang menerangkan tarikh, waktu dan tempat serta agenda ( acara mesyuarat) dengan Penyata Kira-Kira Kelab bagi tahun yang telah diaudit.

MESYUARAT LUAR BIASA

  • 1

    Untuk membincangkan sesuatu perkara yang khas. Jawatankuasa berkuasa mengadakan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa. Jawatankuasa juga boleh mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa setelah menerima perintah daripada 1/5 dari jumlah Ahli-Ahli Kelab yang berhak mengundi. Usul-usul yang dikemukakan sahaja akan dibincangkan. Jawatankuasa hendaklah mengeluarkan Notis Mesyuarat kepadasemuaahli-ahli setelah menerima permohonan Mesyuarat Agung Luar Biasa itu dalam tempoh 14 hari

  • 2

    Fasal 12 (1) dan (2) berkenaan korum dan Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah digunakan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa atas permintaan ahli-ahli maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh ini, Mesyuarat Agung Luar Biasa atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

PINDAAN

  • Semua pindaan, perubahan atau tambahan kepada undang-Undang Kelab hanya boleh dibuat di dalam Mesyuarat Agung Kelab. Bersetuju dari 2/3 jumlah ahli-ahli Kelab yang hadir adalah sah. Perubahan dan pindaan ini akan dikuatkuasa setelah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Permohonan pindaan hendaklah dihantar untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung.

PEMEGANG AMANAH

  • 1

    Tiga Orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun bolehlah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan jika perlu dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Kelab. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Kelab dengan menandatangani suatu Surat Amanah.

  • 2

    Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan milik harta kepunyaan Kelab dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Kelab.

  • 3

    Seorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakkan jawatan atau pembuangan seseorang Pemegang Amanah yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agung.

PEMBUBARAN

  • 1

    Pembubaran Kelab ini hanya boleh dibuat oleh 3/5 daripada Ahli-Ahli yang berhak mengundi yang hadir dalam Mesyuarat Agung. Semua hutang piutang hendaklah dijelaskan dan segala harta-harta benda berlebihan akan dihadiahkan kepada badan-badan kebajikan mengikut keputusan ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung.

  • 2

    Penyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

  • 1

    Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

  • 2

    Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahliahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

LARANGAN

  • 1

    Seseorangan penuntut Universiti atau Kolej Universiti tidaklah boleh menjadi Ahli Kelab ini tanpa kebenaran gertulis daripada Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

  • 2

    Segala permainan yang berbentuk judi adalah dilarang dari rumah Kelab.

  • 3

    Faedah-faedah seperti yang diterangkan dibawah seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidaklah boleh diberi oleh Kelab kepada mana-mana Ahli Kelab.

  • 4

    Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959;

  • 5

    Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahliahli atau tidak,atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.