KEAHLIAN
Pendaftaran &
Borang Keahlian
Keahlian Kelab Penyokong P. Ramlee terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.
KEAHLIAN
Berminat untuk menjadi ahli KPPRPP?
Jenis Keahlian
Ahli Biasa
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin di Pulau Pinang tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Mereka berhak mengundi di dalam mensyuarat-mesyuarat Kelab dan boleh dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa.
Ahli Kehormat
Keahlian Kehormat akan diberi kepada orang-orang yang berjasa kepada Kelab, Masyarakat dan Negara. Persetujuan Jawatankuasa hendaklah didapati terlebih dahulu di dalam Mesyuarat-Mesyuarat Kelab dan tidak boleh dipilih untuk menjadi Ahli Jawatankuasa.
Ahli Seumur Hidup
Ahli-Ahli Kelab yang menjadi Ahli Kelab tidak kurang dari 1 tahun dan membayar Yuran sebanyak RM100.00 sekali gus boleh ditimbang dan diterima oleh Jawatankuasa Kelab untuk menjadi AHLI SEUMUR HIDUP
Keahlian
Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP)
Keahlian Kelab Peminat P. Ramlee terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira kaum. Pemohonan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa kelab untuk kelulusan dan seterusnya No. Ahli akan diberikan kepada setiap ahli kelab berdaftar.
Permohonan Keahlian
Permohonan menjadi Ahli Biasa boleh dibuat menggunakan borang yang disediakan (lihat bahagian bawah website ini). Permohonan ini mestilah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab.
Jawatankuasa Kelab boleh menolak permohonan menjadi ahli dengan tiada menerangkan sebab-sebabnya dan keputusannya adalah muktamad.
Keahlian di dalam Kelab ini dibahagikan kepada 3 jenis ahli:
a) Ahli Biasa:
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin di Pulau Pinang tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Mereka berhak mengundi di dalam mensyuarat-mesyuarat Kelab dan boleh dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa.
b) Ahli Kehormat:
Keahlian Kehormat akan diberi kepada orang-orang yang berjasa kepada Kelab, Masyarakat dan Negara. Persetujuan Jawatankuasa hendaklah didapati terlebih dahulu di dalam Mesyuarat-Mesyuarat Kelab dan tidak boleh dipilih untuk menjadi Ahli Jawatankuasa.
c) Ahli Seumur Hidup
Ahli-Ahli Kelab yang menjadi Ahli Kelab tidak kurang dari 1 tahun dan membayar Yuran sebanyak RM100.00 sekali gus boleh di timbang dan di terima oleh Jawatankuasa Kelab untuk menjadi AHLI SEUMUR HIDUP
Cara-cara menjadi ahli:-
a) Permohonan menjadi Ahli Biasa hendaklah dibuat di dalam borang yang disediakan khas dan permohonan ini mestilah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab.
b) Jawatankuasa Kelab boleh menolak permohonan menjadi ahli dengan tiada menerangkan sebab-sebabnya dan keputusannya adalah muktamad.
Batal menjadi ahli:-
Tiap-tiap Ahli Biasa akan batal menjadi ahli jika:
a) Memohon berhenti
b) la tidak menjelaskan yurannya dua tahun berturut-turut dan setelah diberi surat peringatan oleh Setiausaha Kelab.
c) la melanggar perlembagaan atau mencemar nama baik Kelab dan segala keputusan Jawatankuasa adalah muktamad.
Yuran Keahlian
Bayaran yuran masuk dan yuran tahunan perlu dibayar oleh seorang Ahli Biasa / Ahli Seumur Hidup adalah saperti berikut di bawah ini.
Bayaran Masuk : RM10.00
Yuran Tahunan : RM20.00
Ahli Seumur Hidup: RM100.00
Peraturan-peraturan yuran:
- Yuran-yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari Kelab sebelum Mesyuarat Agung dijalankan di dalam masa 30 hari.
- Yuran Bagi AHLI SEUMUR HIDUP hendaklah dijelaskan sekali gus apabila seseorang Ahli PERSATUAN di terima menjadi AHLI SEUMUR HIDUP
- Ahli-Ahli yang membiarkan hutangnya lebih daripada dua tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha Kelab atau Timbalan Setiausaha Kelab dan akan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dibayar
- Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi Ahli Kelab dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahlinya itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
- Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahlianya terlucut disebabkan hutang.
- Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut di dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama saperti hutang yuran tahunan.
Muat Turun Borang Keahlian
Sila muat turun borang keahlian.
Borang permohonan yang lengkap diisi mestilah diserahkan kepada urusetia KPPRPP (di Pejabat Persatuan Melayu Pulau Pinang)