TENTANG

Sejarah & Peranan
KPPRPP

Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP) telah ditubuhkan pada 25 April 2011

LATAR BELAKANG

Latar Belakang & Sejarah

Disember 2025 (Keahlian)

Sehingga Disember 2025, Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP) telah dianggotai oleh seramai 160 orang ahli berdaftar.

PERANAN

Peranan KPPRPP

  • 1
    Mengenang Jasa

    Untuk mengenang kembali jasa-jasa Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee

  • 2
    Meneruskan Legasi Seni

    Berjuang sesama ahli dan pihak yang mendukung tujuan Kelab untuk meneruskan hasrat Seniman Agung dari segi kebudayaan, kesenian, muzik, perfileman, ekonomi, kesukanan serta Kemasyarakatan

  • 3
    Mencungkil Bakat Baru

    Mencungkil dan menggalakan serta memberi bantuan kepada yang berbakat dalam aliran kebudayaan, kesenian, kesukanan, kebajikan demi meningkat pencapaian.

  • 4
    Melahirkan Seniman

    Cuba melahirkan sebanyak mungkin seniman serba boleh

  • 5
    Merancang Aktiviti Bermanfaat

    Merancang dan melaksanakan projek-projek berfaedah kepada ahli dan masyarakat

  • 6
    Memantau Legasi Seni P. Ramlee

    Mengawal dan mengambil tindakan terhadap penyalahangunaan dalam segala bentuk berkaitan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

  • 7
    Merialisasikan Matlamat Kelab

    Sentiasa bergerak atas Dasar dan Tujuan Kelab

  • 8
    Mendukung Kebudayaan & Kesenian

    Mendukung hasrat Kerajaan disemua bidang terutama kebudayaan dan kesenian

  • 9
    Memajukan Pergerakan Kelab

    Menggalak dan mengembangkan pergerakan Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang

  • 10
    Menanamkan Taat Setia

    Menanam semangat taat setia kepada Raja dan Negara